Thursday 23 June 2011

HARI ITU DALAM SEJARAH..

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pak Dean ucapkan,

Pak Dean ingin berkongsi cerita dari pengalaman ngeri Pak Dean pada April 2011 yang lepas.

Al-kisahnya, tersebutlah kisah Pak Dean telah ditimpa malapetaka yang tidak diduga oleh sesiapa saja baik yang tua mahupun yang muda.

Begini ceritanya. Pada suatu hari dikala malam yang sepi, Pak Dean duduk menyendiri menghadap laptop sambil berFACEBOOK. Dari pagi hingga ke petang, dari petang hingga ke malam. Itulah rutin Pak Dean setiap masa. Sungguh ADDICTED dengan FACEBOOK nie. Nak dijadikan cerita, Pak Dean mula menyedari sesuatu yang tidak kena tentang diri Pak Dean. Banyak masa Pak Dean telah dihabiskan dengan DUNIA MAYA KAREN dan Pak Dean harus berubah untuk menjadi seorang yang lebih terurus.

Satu keputusan telahpun Pak Dean buat untuk mengubah cara hidup Pak Dean. Dimana, Pak Dean ingin melakukan sesuatu aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Memandangkan life Pak Dean yang banyak tertumpu pada KERJA 24/7, Pak Dean telah memilih satu aktiviti yang cukup HAPPENING!! (bagi Pak Dean la..)




Nak tahu??

-

-

-

Sila ke bawah lagi..

-

-

-

Jeng2..

Kasut Roda aka ROLLERBLADE


Ok, kepada sesiapa yang dah tahu baguslah. Kepada yang tak tahu lagi ape ke bende alah nie, meh Pak Dean cerita sikit. Gambar rajah di atas adalah sebuah mainan yang agak Xtreme, dimana si pemain / pemakai haruslah menyarung kasut tersebut di kaki dan bukannya ditangan mahupun dikepala ya?? haha!! (sila abaikan karutan Pak Dean tersebut). Golongan2 yang sesuai bermain adalah Kanak2, Remaja (separuh baligh) dan Dewasa (cukup matang seperti Pak Dean). Bagi golongan2 seperti Pakcik, Makcik, Atok dan Nenek adalah dilarang sama sekali bermain permainan ini!! (takot nanti patah riuk tulang @ ke batu dua). Tempat yang sesuai bermain ialah jalan2 yang rata seperti Court Bola Keranjang, Badminton dan tempat2 yang sewaktu dengannya. PERHATIAN!! Jangan sesekali bermain di jalan raya untuk mengelakkan sebarang  kemalangan jiwa berlaku. Sebagai contoh, si pemain telah merempuh sebuah kereta lalu menumpangnya dibahagian belakang samada balik ke rumah ataupun ke hospital. (sila abaikan karutan Pak Dean tersebut sekali lagi.. huhu).

Ok lagi, Kasut Roda aka ROLLERBLADE telahpun Pak Dean miliki. Actually Pak Dean memang dah ada pengalaman bermain Kasut Roda aka ROLLERBLADE masa zaman kanak2 dulu. Cuma bila dah dewasa nie, keseimbangan badan Pak Dean haruslah dipertingkatkan lagi. Dan jujur Pak Dean katakan disini yang Pak Dean telahpun berjaya mengawal Kasut Roda aka ROLLERBLADE tersebut dalam masa 1 hari saja. 

(dan Pak Dean pun happy dengan perubahan yang sungguh ketara... hanya dalam masa 1 hari saja?? heheh)



MOMENT OF TRUTH (Tragedy April)

9:00 p.m (tarikh telah dilupakan)

Keinginan Pak Dean bermain sentiasa membuak2 terhadap Kasut Roda aka ROLLERBLADE tersebut. Sehinggakan Pak Dean sanggup mengabiskan masa Pak Dean hanya untuk ????????????????? (dah tak mampu nak ulang ayat yang sama.. hehe). 

Okla Pak Dean skip to the end. Disebabkan kelajuan yang tanpa batasan, Pak Dean telah EXKSIDENT jatuh Kasut Roda. Dan inilah hasilnya... 

(tulang siku Pak Dean telah lari dari kedudukan. Dia telah pegi menyinggah ke lengan lalu say "hello")



Ini dulu, sekarang tangan Pak Dean dah beransur pulih. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah swt.  

Pengalaman insiden tersebut cukup memberi pengajaran buat Pak Dean betapa pentingnya sebatang tangan.. opps silap! sebuah tangan.. Agak perit juga menanggung kesakitan bila waktu tidur, susah untuk mandi.. mahupun nak basuh p******g. Cuba anda bayangkan mereka yang tiada tangan? Bagaimana mereka menjalani kehidupan harian mereka? nauzubillah.. Pak Dean bersyukur hari nie tangan dah ok. Dan Pak Dean tobat dah tak nak main lagi dengan kasut tu.. hehe!!

Itu saja cerita yang dapat Pak Dean kongsikan disini. Dan itulah juga sejarah yang mungkin Pak Dean tak akan lupa buat selama2nya.. Cukuplah sekali.. =)

Sekian terima kasih dan wassalam.


P/S: kepada sesiapa yang tengah dok cari Kasut Roda aka ROLLERBLADE second hand, sila2lah merisik dekat Pak Dean nie ya?? huhu.. =D

2 comments:

  1. hOh... alololo...siannye pak dean...

    len kali hati2 ek..!!!!


    meh alif tlg promote blog ni mane tau ade org nak beli rolller blade nih...hehehe

    ReplyDelete
  2. baiklah en. alif ismail. saya akan sentiasa berhati2,, =)

    ReplyDelete