Saturday 15 February 2014

Indah itu Hanyalah Seketika

Sayangnya kamu, akibat cepat sangat "berprasangka" dalam perasaan akhirnya kamu sendiri yang terasa hati. Sayangnya juga kamu, akibat dari "double standard" dalam memilih cerita hati kamu akhirnya kamu sendiri yang terKELIRU dek perasaan kamu. Kenapa? Kerana kamu tidak pernah memberi ruang untuk hati kamu berkata sendiri. Lantas menjadikan diri kamu TAKSUB akan mereka yang ada disekeliling kamu.

Puas sudah ke kamu, menjadikan kehidupan kamu sebagai medan santapan mereka yang TIADA sebenarnya untuk kamu. Cuma bermodalkan kata 'kami sayangkan kamu?', hakikatnya kamu juga yang "sendiri".

Sayang bukan? Kadang² kita terlalu dikagumi/mengagungi mereka yang ada didalam kehidupan kita yang so called "hanya untuk seketika", itu sahaja. Selebihnya adalah diri kamu sendiri yang bakal/akan tentukan ke mana arah tuju sebenarnya DUNIA kelak kamu. Yang lain barangkali peduli mungkin?

Teringin berBLOG Semula

Lately ni fikiran Pak Dean banyak tertumpu kepada isu semasa yang agak merunsingkan diri, ditambah dengan suasana sekeliling yang seakan menekan diri untuk melakukan sesuatu yang luar dari biasa.

Kenapa?

Kerana banyak perkara sukar dihadam oleh minda. Berkecamuk, itu yang dapat diucapkan. Barangkali hanya tindakan itu mampu mengubahnya, mungkin?